Selasa, 24 November 2009

Teknik membuat Video Sendiri ! !

assalammualaikum... adakah ada tahu membuat video sendiri?? disini saya akan menerangkan bagaimana hendak membuat video sendiri.. untuk membuat video sendiri dalam komputer itu mestilah ada "WINDOWS MOVIE MAKER."
Mula-mula pergi ke START dan pilih ALL PROGRAMS serta cari WINDOWS MOVIE MAKER. Kalau tiada WINDOWS MOVIE MAKER bermakna komputer anda tiada perisian itu. Bagi yang ada, Setelah jumpa clik WINDOWS MOVIE MAKER itu.. setelah ia keluar mulakan kerja anda untuk setting apa yang anda hendak setting. untuk mengimport lagu atau video yang anda rakam hanya clik di sebelah kiri monitor anda. di sebelah kiri itu ada capture video dan dibawahnya ada macam-macam. bagi yang hendak import mana-mana video yang anda rakam cuma clik IMPORT VIDEO setelah itu cari file dimana video yang anda hendak ambil itu. setelah itu ia akan upload video rakaman anda itu. setelah video rakaman anda sudah selesai di upload, mulakan kerja anda untuk menyusun video tersebut di bawah yang berwarna biru itu. letak di bahagian Video..
Sekiranya anda hendak menambah lagu dalam Video anda, anda cuma perlu pergi ke sebelah kiri monitor anda dan tekan Import audio or music kemudian cari file music anda kemudian upload. setelah itu, letakkan lagu tersebut di bawah juga di bahagian audio/music.
untuk meletakkan tajuk dalam video anda pergi ke sebelah kiri monitor cari EDIT MOVIE lihat dibawahnya ada make title and then clik. setelah anda clik ia akan keluar lima bahagian, pilih bahagian yang ke tiga sekiranya anda hendak meletakkan tajuk sambil video itu ditayangkan atau sebaliknya pilih lah mana yang sesuai.. disitu anda juga boleh cari animasi macam mana yang anda hendak dengan menekan change title animation setelah selesai clik done.
di bawah edit movie itu juga ada effect dan video transition.. kedua-dua itu adalah kesan effect untuk video anda sekiranya anda suka. Untuk masukan effect dalam video anda clik effect, kemudian pilih mana yang sesuai.. untuk masukkan effect ke dalam video anda. di atas kawasan biru yang besar itu ada Show storyboard clik benda itu. kemudian di kawasan biru besar itu ia akan keluar kotak-kotak. tarik effect yang anda suka ke dalam kotak besar itu..
untuk membuat transition pula, pergi ke sebelah kiri monitor anda dan clik video transition. sesudah anda clik ia akan keluar bermacam-macam transition, pilih mana-mana transition yang menarik bagi video anda. untuk masukkan transition dalam video anda tarik transition yang sesuai ke bawah terus dalam bahagian kotak kecil. setelah semua selesai, untuk bahagian terakhir bahagian penutup.
Anda pergi ke sebelah kiri monitor anda dan cari make title dan clik. pilih bahagian yang kelima iaitu bawah sekali dan clik. setelah ia keluar anda cuma perlu isi apa yang anda hendak isi di bahagian yang telah disediakan.. setelah semua selesai. anda perlu jadikan ia satu video lengkap dengan pergi ke FILE bahagian atas sekali dan clik cari SAVE MOVIE FILE dan clik. kemudian ikut arahannya.
@SELAMAT MENCUBA!!@