Definisi
Teknologi Hijau merujuk
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam
sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau
sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Ia meminimumkan degrasi
kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah
atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan
lebih baik untuk semua hidupan;
- Menjimatkan tenaga dan
sumber asli; dan
- Menggalakkan
sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar
Teknologi Hijau Negara
• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga
• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi; dan
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
• Untuk mengurangkan
kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan
meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi
Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana
antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk
generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi
Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan
dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga
• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga
dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di
sektor industri dan komersial; dan
• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor
penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan,
pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber
air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan
dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Matlamat
i. Matlamat Jangka
Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan
dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk,
aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian,
perkadaran, pelabelan;
• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan
Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih
besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi
mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi
Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka
Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan
perkhidmatan;
• Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding
dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam
pasaran serantau;
• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
• Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau
oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui
kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke
pasaran global; dan
• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh
Seterusnya)
• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
• Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara
keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
• Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
• Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
• Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global;
dan
• Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan
dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi
boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
• risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah
dan jirim nano
• risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau
teknologi nano lain)
• risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i) Teras
Strategik 1
Mengukuhkan kerangka
institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi
yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau
melalui:
- Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan
oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan
peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak
berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
- Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
- Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan
dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
- Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan
untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan
matlamatnya; dan
- Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi
mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau
perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau.
Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global,
menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh
dicapai melalui:
- Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang
inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi
menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif
dan matlamatnya;
- Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap
industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan
melalui pelbagai program peningkatan industri;
- Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap
Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan
(DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;
- Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di
seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada
industri utama; dan
- Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan
Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting
untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan
kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
- Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang
mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan
pasca ijazah;
- Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan
kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan
industri Teknologi Hijau;
- Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi
pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan
- Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan
kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting
dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan
kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan
dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:
- Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta
dalam RDIC;
- Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
- Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan
pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk
perkembangan Teknologi Hijau;
- Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat
penyelidikan;dan,
- Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi
penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa
dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi
kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut
memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan
termasuklah:
- Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan
penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan
kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;
- Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak
berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;
- Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam
kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan
pelajaran yang efektif;
- Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi
Teknologi Hijau; dan
- Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan
kerajaan dan entiti yang berhubung dengan kerajaan
Lima langkah strategik
jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka
kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan
untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan
modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.
"Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan
inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan.
"Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan
meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau," katanya berucap
melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.