HAMKA
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin..
Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran..
Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jagalah lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan,jaga perangaimu..
Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaian..
Perkataan yang lemah lembut membasuh kedengkian yang tersembunyi dalam anggota badan..
Ada banyak pokok dan semua tidak berbuah,ada banyak buah tetapi tidak semuanya baik dan ada banyak pengetahuan,tetapi tidak semuanya berguna…
Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,akan tetapi apabila sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat daripada perbuatan sendiri…
Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotanya..
Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang,airnya beriak terus,bergelombang dan berombak.kesusahan terletak dalam kemudahan pun terletak dalam kesusahan..
Sesiapa yangmahu dirinya bebas,mestilah menghormati kebebasan orang lain…
Menjadi seseorang yang tidak berpengetahuan tidaklah seteruk menjadi seorang yang tidak mahu belajar…
Orang yang belajar dan merenungkan diri dan menilai hidup,mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri..
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar denganmu,bukan yang dapat membenarkan kata-katanya…
Kebanyakkan manusia seumpama cermin membiaskan perasaan dan emosi pada setiap ketika,Cuma segelintir sahaja yang seumpama tingkap,membawa masuk cahaya dan menyinari sudut-sudut gelap yang diselubungi masalah.tujuan sebenar sesuatu pendidikan,adalah untuk menukar cermin ini agar ia menjadi tingkap…
Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas,kadang2 seseorang yang otak tumpul tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas etapi malas..
Nilai manusia adalah kerana fikirannya,dan nilai fikiran adalah dengan menilik kepada hasil usahanya..
Kesabaran adalah minyak pelincir bagi roda kehidupan..
Anda tidak boleh lari dari masalah dengan cara menyingkirkan hari ini…
Kenangilah segala rahmat yang telah dilimpahkan kepada anda pada hari ini yang turut diperoleh dengan yaknya oleh setiap manusia,bukannya mengenangkan semula segala nasib malang anda..
Pelajaran bukannya betapa pokok yang telah anada hafal atau ingat atau betapa banyak yang anda ketahui ia adalah kebodohan untuk membezakan apa yang anda ketahui dan apa yang tidak diketahui…
Kebijaksanaan kita datangnya daripada pengalaman dan pengalaman kita datangnya daripada kedunguan kita sendiri.
Sebutir permata tidak akan berkilat tanpa digosok,begitu juga dengan seorang manusia yang tidak akan sempurna tanpa ujian kehidupan…
Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi perkerti yang baik..
Orang yang bersifat ikhlas itu selalu tahu membalas kebaikan dengan kebaikan adlah biasa,membalas kejahatan dengan kejahatan adalah rendah budi,membalas kebaikan dengan kejahatan adalah orang yang tidak berbudi,membalas kejahatan dengan kebaikan adalah orang berbudi tinggi…
Dan carilah pada apa yang dianugerah Allah kepadamu untuk kebahagiaan di akhirat.dan janganlah kamu lupa bahagiamu di dunia.dan berbuat baik kepadamu dan jangan pula kamu membuat kerosakkan…
Alaskan bantal tidurmu dengan kejujuran,rebahkan tubuhmu dengan keikhlasan,selimutkan seluruh dirimu dengan kesabaran,sememangnya lenamu dalam keimanan..
“Cinta hadir tanpa diduga,dan ia tidak pernah mengenal siapa”
“Cinta ialah anugerah tuhan,dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus,tumbuhnya akan menyeksa orang lain.kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah,ia akan membawa keresahan,tetapi jika hinggap di hati yang suci ia akan mewariskan,kemuliaan,keikhlasan dan taat kepada ilahi.
“Kata pujangga,cinta tak kenal siapa,kalau hati sudah suka,siapa juga bisa bersama kerana cinta itu buta,siapa enggang dan siapa pipit bukan lagi menjadi soal utama.
“Kawanlah selagi ada hati,bercintalah selagi ada yang sudi,gembiralah selagi ada teman di sisi,ingatlah kawan selagi ianya bererti,sebelum ianya hilang dari hati”
“Sayangilah sebuah perkenalan,disitu wujudnya kemesraan,hayati sebuah persahabatan,disitu wujudnya pertalian,hargai kedua-duanya disitu rahmatnya”
“Basahkan wajahmu dengan air wuduk,lembutkanlah lidahmu dengan berzikir,tadahkan tanganmu dengan berdoa”
“Nakkan seseorang tak semestinya dapat,bila dah dapat tak semestinya kita punya,bila kita punya tak semestinya kita bersama,bila dah bersama tak semestinya kita akan bersama untuk selamanya”
Sahabat umpama komputer,awak ENTER dalam hidup saya,saya SAVE awak dalam hati,awak FORMAT segala masalah saya,dankerana itulah tak mungkin saya DELETE awak dari MEMORY.
“Jika hati sejernih air,jangan biarkan ia keruh,jika hati seputih awan,jangan biarkan ia mendung,jika hati seindah bulan,hargai ia dengan iman”
“Sesungguhnya Allah tak melihat kepda rupamu,keturunanmu dan kekayaanmu,tetapi yang dipandang oleh Allah adalah keikhlasan hatimu dari amal perbuatan”
“Jadikan al-quran sebagai teman sejati,zikirullah sebagai penghibur hati,solat sebagai pendinding diri dan taqwa menyuburkan iman di taman hati”
“Hidup ini umpama bintang di langit tinggi,ia akan hilang apabila dilindungi dari awan hitam dan menerang semula apabila awan itu pergi”
“kita ambil apa yang patut supaya kita sentiasa dipandang baik oleh mereka kerana apa yang mereka fikir sentiasa berbeza
“manusia ini kadangkala aneh,manusia terlalu menurut keinginan hati,mendamarkan dan mengharapkan pengorbanannya berbalas sedangkan realiti kehidupan tak semua macam itu”
“kadangkala bila hati kita terluka,cepat sahaja kita mencari pengganti,Di saat hati bercelaru,mulalah buat keputusan tak menentu”
“manusia perlu belajar menerima realiti,bangkit dan mengutip sisa kekuatan yang ada perjalanan masih jauh dan hidup mesti diteruskan”
“setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan.tapi jika kepercayaan dan rasa sayang direnggut buat kali kedua,sukar rasanya untuk menerima kata2 maaf lagi”