Selasa, 14 Disember 2010

Praktis

minggu lepas saya cter pasal hujan.. sekarang saya ada satu toturial nak dikongsikan kepada anda.. rupanya ad jugak orang ajar macam mane hendak mencipta virus.. tp yg saya nak ajar ni virus

knekan kawan. virus ni tak bahaya kepada komputer anda tetapi hanya memadamkan komputer kawan anda sahaja.. ia tidak mengusik mana2 fail dlm komputer anda pown selain dari hanya memadamkan komputer anda sehingga tertutup secara outomatik sekiranya anda membuka fail virus itu.. cara nya.. pastikan anak panah anda di kawasan lapang di deskop.. klik

belah kanan mouse cri shut cut.. clik.. and akan ada satu fail terbuka. anda taip di kotak tulis tu "shutdown -s -t 300 -c" dan tekan next.. and nama kan fail anda pe2 saja yang boleh membuatkan orang ingin buka fail tersebut.. siap.. anda tercipta satu fail baru.. itulah virusnya.. virus ini boleh di padam.. k.lah itu saja setakat ni. bye!!

Selasa, 24 November 2009

Teknik membuat Video Sendiri ! !

assalammualaikum... adakah ada tahu membuat video sendiri?? disini saya akan menerangkan bagaimana hendak membuat video sendiri.. untuk membuat video sendiri dalam komputer itu mestilah ada "WINDOWS MOVIE MAKER."
Mula-mula pergi ke START dan pilih ALL PROGRAMS serta cari WINDOWS MOVIE MAKER. Kalau tiada WINDOWS MOVIE MAKER bermakna komputer anda tiada perisian itu. Bagi yang ada, Setelah jumpa clik WINDOWS MOVIE MAKER itu.. setelah ia keluar mulakan kerja anda untuk setting apa yang anda hendak setting. untuk mengimport lagu atau video yang anda rakam hanya clik di sebelah kiri monitor anda. di sebelah kiri itu ada capture video dan dibawahnya ada macam-macam. bagi yang hendak import mana-mana video yang anda rakam cuma clik IMPORT VIDEO setelah itu cari file dimana video yang anda hendak ambil itu. setelah itu ia akan upload video rakaman anda itu. setelah video rakaman anda sudah selesai di upload, mulakan kerja anda untuk menyusun video tersebut di bawah yang berwarna biru itu. letak di bahagian Video..
Sekiranya anda hendak menambah lagu dalam Video anda, anda cuma perlu pergi ke sebelah kiri monitor anda dan tekan Import audio or music kemudian cari file music anda kemudian upload. setelah itu, letakkan lagu tersebut di bawah juga di bahagian audio/music.
untuk meletakkan tajuk dalam video anda pergi ke sebelah kiri monitor cari EDIT MOVIE lihat dibawahnya ada make title and then clik. setelah anda clik ia akan keluar lima bahagian, pilih bahagian yang ke tiga sekiranya anda hendak meletakkan tajuk sambil video itu ditayangkan atau sebaliknya pilih lah mana yang sesuai.. disitu anda juga boleh cari animasi macam mana yang anda hendak dengan menekan change title animation setelah selesai clik done.
di bawah edit movie itu juga ada effect dan video transition.. kedua-dua itu adalah kesan effect untuk video anda sekiranya anda suka. Untuk masukan effect dalam video anda clik effect, kemudian pilih mana yang sesuai.. untuk masukkan effect ke dalam video anda. di atas kawasan biru yang besar itu ada Show storyboard clik benda itu. kemudian di kawasan biru besar itu ia akan keluar kotak-kotak. tarik effect yang anda suka ke dalam kotak besar itu..
untuk membuat transition pula, pergi ke sebelah kiri monitor anda dan clik video transition. sesudah anda clik ia akan keluar bermacam-macam transition, pilih mana-mana transition yang menarik bagi video anda. untuk masukkan transition dalam video anda tarik transition yang sesuai ke bawah terus dalam bahagian kotak kecil. setelah semua selesai, untuk bahagian terakhir bahagian penutup.
Anda pergi ke sebelah kiri monitor anda dan cari make title dan clik. pilih bahagian yang kelima iaitu bawah sekali dan clik. setelah ia keluar anda cuma perlu isi apa yang anda hendak isi di bahagian yang telah disediakan.. setelah semua selesai. anda perlu jadikan ia satu video lengkap dengan pergi ke FILE bahagian atas sekali dan clik cari SAVE MOVIE FILE dan clik. kemudian ikut arahannya.
@SELAMAT MENCUBA!!@

Ahad, 18 Oktober 2009

Burung Vs Belalang

banyak sebenarnye binatang yang singgah kat umah aku nie.. yang ni burung pulak.. disini burung sebagai pemangsa manakala belalang sebagai mangsa.. juga dirakam menggunakan henset..
maaf video terambil secara senget dan kurang memuaskan.. bagi sesiapa yang ingin mengikuti senaman lihat video secara senget boleh lihat video nie.. lepas tengok video nie harap kepale anda tidak senget buat selame-lamenye.. hehe jom lihat!!


maaf sekali lagi kita tidak dapat lihat adakah burung itu berjaya memakan belalang tersebut.. kerana enset yang saya gunakan ada had nye..hehe jangan marah..
tapi tak pe saya sambung video tersebut dalam bentuk cerita.. lepas burung dan belalang tersebut bergelut dengan khusuknye,satu lagi pemangsa telah tertarik dengan pergelutan tersebut.. nak tahu pemangsa satu lagi tu ape?? jeng jeng jeng!! AYAM!!
Dengan bersemangat nye ayam tersebut menyerbu ke tempat pergelutan tersebut lalu menyebabkan burung tadi lariiiii dalam ketakutan .. akhirnye belalang tadi jatuh ke tangan ayam tersebut dan menjadi santapan istimewa baginya pada hari tersebut..
kepada burung itu pula, menyesal dengan kegagalannya untuk memakan belalang tersebut.. cian aku tengok burung tu.. k.lah bro.. cau!

Ular??

uLarrrrr!!! kat tepi rumah aku.. time tu petang, baru lepas bangun dari tidur.. tergerak la hati nak tengok kat luar tingkap,tengok awan macam nak hujan..time tengah tengok awan tu aku perasan mende bergerak kat atas simen umah aku.ingatkan ape la..

sekali tengok ada ular kat situ.. ape lagi dengan cepat nye aku ambik enset n rakam.. tapi gambarnye pecah sikit al maklumlah gune enset la katakan.. aku tak bunuh ular tu cz dulu pown ada jugak ular,ayah aku bunuh pastu datang lagi ular lain pastu tak bunuh dah.. mungkin rumah aku ni cantik kot..hehe sebab tu ular suke..

tak silap aku ular tu keluar dari bawah rumah aku rasenye.. tak nak cerita banyak tengok sendiri ular tu.. sekejap je videonye...


Khamis, 17 September 2009

Mutiara Kata


HAMKA

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin..


Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran..

Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jagalah lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan,jaga perangaimu..

Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaian..

Perkataan yang lemah lembut membasuh kedengkian yang tersembunyi dalam anggota badan..

Ada banyak pokok dan semua tidak berbuah,ada banyak buah tetapi tidak semuanya baik dan ada banyak pengetahuan,tetapi tidak semuanya berguna…

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,akan tetapi apabila sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat daripada perbuatan sendiri…

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotanya..

Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang,airnya beriak terus,bergelombang dan berombak.kesusahan terletak dalam kemudahan pun terletak dalam kesusahan..

Sesiapa yangmahu dirinya bebas,mestilah menghormati kebebasan orang lain…

Menjadi seseorang yang tidak berpengetahuan tidaklah seteruk menjadi seorang yang tidak mahu belajar…

Orang yang belajar dan merenungkan diri dan menilai hidup,mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri..

Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar denganmu,bukan yang dapat membenarkan kata-katanya…

Kebanyakkan manusia seumpama cermin membiaskan perasaan dan emosi pada setiap ketika,Cuma segelintir sahaja yang seumpama tingkap,membawa masuk cahaya dan menyinari sudut-sudut gelap yang diselubungi masalah.tujuan sebenar sesuatu pendidikan,adalah untuk menukar cermin ini agar ia menjadi tingkap…

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas,kadang2 seseorang yang otak tumpul tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas etapi malas..

Nilai manusia adalah kerana fikirannya,dan nilai fikiran adalah dengan menilik kepada hasil usahanya..

Kesabaran adalah minyak pelincir bagi roda kehidupan..

Anda tidak boleh lari dari masalah dengan cara menyingkirkan hari ini…

Kenangilah segala rahmat yang telah dilimpahkan kepada anda pada hari ini yang turut diperoleh dengan yaknya oleh setiap manusia,bukannya mengenangkan semula segala nasib malang anda..

Pelajaran bukannya betapa pokok yang telah anada hafal atau ingat atau betapa banyak yang anda ketahui ia adalah kebodohan untuk membezakan apa yang anda ketahui dan apa yang tidak diketahui…

Kebijaksanaan kita datangnya daripada pengalaman dan pengalaman kita datangnya daripada kedunguan kita sendiri.

Sebutir permata tidak akan berkilat tanpa digosok,begitu juga dengan seorang manusia yang tidak akan sempurna tanpa ujian kehidupan…

Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi perkerti yang baik..

Orang yang bersifat ikhlas itu selalu tahu membalas kebaikan dengan kebaikan adlah biasa,membalas kejahatan dengan kejahatan adalah rendah budi,membalas kebaikan dengan kejahatan adalah orang yang tidak berbudi,membalas kejahatan dengan kebaikan adalah orang berbudi tinggi…

Dan carilah pada apa yang dianugerah Allah kepadamu untuk kebahagiaan di akhirat.dan janganlah kamu lupa bahagiamu di dunia.dan berbuat baik kepadamu dan jangan pula kamu membuat kerosakkan…

Alaskan bantal tidurmu dengan kejujuran,rebahkan tubuhmu dengan keikhlasan,selimutkan seluruh dirimu dengan kesabaran,sememangnya lenamu dalam keimanan..

“Cinta hadir tanpa diduga,dan ia tidak pernah mengenal siapa”

“Cinta ialah anugerah tuhan,dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus,tumbuhnya akan menyeksa orang lain.kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah,ia akan membawa keresahan,tetapi jika hinggap di hati yang suci ia akan mewariskan,kemuliaan,keikhlasan dan taat kepada ilahi.

“Kata pujangga,cinta tak kenal siapa,kalau hati sudah suka,siapa juga bisa bersama kerana cinta itu buta,siapa enggang dan siapa pipit bukan lagi menjadi soal utama.

“Kawanlah selagi ada hati,bercintalah selagi ada yang sudi,gembiralah selagi ada teman di sisi,ingatlah kawan selagi ianya bererti,sebelum ianya hilang dari hati”

“Sayangilah sebuah perkenalan,disitu wujudnya kemesraan,hayati sebuah persahabatan,disitu wujudnya pertalian,hargai kedua-duanya disitu rahmatnya”

“Basahkan wajahmu dengan air wuduk,lembutkanlah lidahmu dengan berzikir,tadahkan tanganmu dengan berdoa”

“Nakkan seseorang tak semestinya dapat,bila dah dapat tak semestinya kita punya,bila kita punya tak semestinya kita bersama,bila dah bersama tak semestinya kita akan bersama untuk selamanya”

Sahabat umpama komputer,awak ENTER dalam hidup saya,saya SAVE awak dalam hati,awak FORMAT segala masalah saya,dankerana itulah tak mungkin saya DELETE awak dari MEMORY.

“Jika hati sejernih air,jangan biarkan ia keruh,jika hati seputih awan,jangan biarkan ia mendung,jika hati seindah bulan,hargai ia dengan iman”

“Sesungguhnya Allah tak melihat kepda rupamu,keturunanmu dan kekayaanmu,tetapi yang dipandang oleh Allah adalah keikhlasan hatimu dari amal perbuatan”

“Jadikan al-quran sebagai teman sejati,zikirullah sebagai penghibur hati,solat sebagai pendinding diri dan taqwa menyuburkan iman di taman hati”

“Hidup ini umpama bintang di langit tinggi,ia akan hilang apabila dilindungi dari awan hitam dan menerang semula apabila awan itu pergi”

“kita ambil apa yang patut supaya kita sentiasa dipandang baik oleh mereka kerana apa yang mereka fikir sentiasa berbeza

“manusia ini kadangkala aneh,manusia terlalu menurut keinginan hati,mendamarkan dan mengharapkan pengorbanannya berbalas sedangkan realiti kehidupan tak semua macam itu”

“kadangkala bila hati kita terluka,cepat sahaja kita mencari pengganti,Di saat hati bercelaru,mulalah buat keputusan tak menentu”

“manusia perlu belajar menerima realiti,bangkit dan mengutip sisa kekuatan yang ada perjalanan masih jauh dan hidup mesti diteruskan”

“setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan.tapi jika kepercayaan dan rasa sayang direnggut buat kali kedua,sukar rasanya untuk menerima kata2 maaf lagi”