Ahad, 12 Julai 2009

APA ITU SEGI TIGA BERMUDA?

Segi tiga bermuda adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang seluruh dunia kerana terdapat pelbagai kejadian aneh telah berlaku di situ. sehingga ke saat ini misteri segi tiga bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan pusat ajaib di muka bumi ini.kerana terlalu banyak kisah-kisah pelik dan ajaib berlaku disitu,maka orang ramai tertanya-tanya, kuasa apakah yang terdapat di situ??
ada satu teori mengatakan di bermuda itu terdapat satu pusat bekas kerajaan Atlantis. Ada sesetengah teori pula mengatakan disitu terdapat Pusat Kerajaan Orang Halus dan Jin dan Para SILUMAN.....
Segitiga Bermuda mencakupi kawasan seluas 770,000 kilometer persegi. Kawasannya merupakan gugussan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 395 pulau. pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian manik-manik. beberapa teluk kecil terdapat di hujung pulau-pulau itu. kesemua pulau-pulau ini terletak di Atlantik. Jauh pulau-pulau ini dari daratan Amerika kira-kira 930 kilometer. Pada tahun 1684 kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. sehingga ke tahun 1968 berulah segi tiga bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Sungguhpun keseluruhan pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami manusia, separuhnya lagi tidak dihuni.
Orang yang pertama sekali mengenal pasti tentang misterisegitiga bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah juga yang telah menamakan SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang pakar dalam kes-kes misteri di lautan.
Daerah segitiga bermuda berbahaya untuk pelayaran laut mahupun penerbangan di ruang udaranya. Kerana sehingga kini tidak kurang daripada 100 buah kapal terbang dan kapal telah hilang di kawasan ini. kehilangan ini melibatkan seramai 1000 orang yang turut hilang bersama peristiwa itu. kehilangan kapal terbang dan kapal yang hilang di kawasan segitiga bermuda ini ghaib begitu sahaja, tidak ada secebis serpihan pun yang dijumpai .... Apakah Dajjal punya kerja atau pun kaum-kaum yang sejenis dengan Dajjal.
Sebahagian besar peristiwa ganjil ini terjadi dalam tahun 1945. Semua kapal terbang atau kapal laut yang hilang di kawasan ini langsung tidak dapat dijejaki dan dikesan langsung. Ianya hilang terus tanpa sebarang kesan atau meninggalkan korban.
Selalunya jika terjadi sebarang kemalangan di laut atau di udara, paling tidak kita akan menemui bangkai pesawat atau kapal dan mayat orang-orang yang terkorban, atau paling tidak pun serpihannya. Tetapi peristiwa di segitiga bermuda langsung tidak meninggalkan apa-apa. Mereka hilang begitu sahaja bersama kapal dan kapal terbang.
Bertambah pelik lagi peristiwa yang terjadi di kawasan ini pada ketika lautan berkeadaan tenang,tidak bergelora dan cuaca pun cukup baik. Antara peristiwa yang berlaku, sebuah kapal dari Perancis yang bernama Rousalie yang telah melalui kawasan ini pada tahun 1940, tiba-tiba kapal ini menjadi kosong, tiada seorang pun didalam nya, sedangkan kapal itu berada di dalam keadaan baik dan segala muatannya langsung tidak terusik.
Pada hari khamis dalam bulan Januari 1945, 5 buah kapal terbang Amerika jenis TTB Finger bertolak dari pengkalanya di Port Louderdile di Wilayanh Florida, Amerika Syarikat. kapal terbang itu sedang ditugaskan mengawal dan menyelamatkan kapal-kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan 2.15 petang. Tugas itu telahh selamat dilakukan. Ketua pasukan kapal terbang itu Leftenan Charles Tylor telah memberi isyarat kepada menara kawalan, mereka ankan kembali ke kawalan kerana telah berjaya melakukan tugasan dengan sempurna. Kelima-lima kapal itu pun bergerak menuju ke pengkalan.
tiba-tiba tanpa diduga, menara kawalan di Port Lourdedile menerima isyarat dari ketu pasukan kapal terbang itu,dan isyarat itu amat mengejutkan komodor Wersink, pegawai yang bertanggungjawab di menara kawalan.
isyarat panggilan itu berbunyi seperti berikut....:
"Di sini Leftenan Charles Tylor, komandan kumpulan ke 19. Adakah kami ditawan? tolong jawab... kami kehilangan petunjuk untuk pulang... kami tersesat.. saya tidak dapat melihat daratan! saya tidak tahu lagi di mana arah barat, semua yang ada di sekitar saya menjadi terganggu,pelik... malah tempat saya berada ini pun saya tidak tahu... nampaknya... nampaknya..."
tiba-tiba suara panggilan itu terputus dan tidak ada lagi panggilan selanjutnya. suasana menjadi kelam-kabut dan pelik. pegawai petugas yang berada di menara kawalan mengalami tekanan yang luar biasa. dia cuba menghubungi komandan kumpulan ke 19 itu. akhirnya jawapan dapat diterima:
"saya tidak tahu di mana saya berada, seperti kami tersesat. boleh dengar atau tidak? tolong jawab..."
kemudian hubungan terputus. dengan segera komander Wersink mengarahkan kapal TIMSAR itu yang membawa 13 anggota yang berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan bergegas untuk pergi menyelamatkan kumpulan ke 19 itu. ketika kapal tempur TIMSAR itu sampai di tempat yang ditujuinya terjadi peristiwa yang sama sekali tidak pernah disangka-sangka. tiba-tiba saja kapal TIMSAR itu lenyap tanpa sebarang jejak sedikit pun ditinggalkan, kecuali laut yang membisu. Skuadron kapal terbang ke 19 terdiri dari 5 buah kapal terbang perang yang membawa 14 orang anak juru terbangnya pun hilang begitu sahaja. salah seorang juruterbang yang pada ketika itu berada tidak jauh dengan tempat kejadian memberitahu bahawa dia juga sempat menerima berita pelik itu dari radio kapal terbangnya iaitu hubungan antara Leftenan Charles Tylor dengan pengkalan Port Lornderdile. Berita yang diterimanya berbunyi seperti ini:
"disini Leftenan Charles Tylor... komandan Skuadrod ke 19. boleh dengar? tolong jawab!... sekarang saya tahu di mana saya berada... akhirnya saya tahu dimana kedudukan saya! saya berada di ketinggian tidak kurang dari 2.30 kaki. tetapi ada sesuatu yang ganjil. tidak, apa yang saya lihat amat susah hendak di percayai! boleh dengar?"
dalam satu panggilan lain, suara Charles Tylor menyatakan:
"sudah berakhir jangan dekati kami. jangan dekat.. tidak ada gunanya sama sekali mereka adalah pendatang dari luar angkasa! mereka adalah penghuni planet lain! itulah yang saya lihat... saya ulangi semuanya sudah berakhir...!"
dari kata-kata panggilan Leftenan itu disimpulkan bahawa leftenan mulla memasuki kawasan maut segitiga bermuda itu, secara mendadak dia tidak dapat melihat daratan. padahal udara dan cuaca baik, setiap juruterbang yang berada di ketinggian 5,000 kaki pun masih boleh melihat daratan.
keadaan ganjil yang lain, semua arah kompas jadi tidak menentu, seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak nampak, kemudian muncul satu pemandangan aneh iaitu satu kawasan yang sama sekali tidak ketahui sebelumnya. sehinggakan leftenan menyangka mereka telah tersesat. kejadian selanjutnya, muncul makhulk-mahluk yang berbeza bentuk dengan manusia, sehinggakan leftenan mengagak mereka adalah pendatang dari luar angkasa dan semuanya sudah terlambat... telah berakhir.
Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama Herminie juga telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada seorang pun di dalam kapal tersebut.....
(IKUTI SAMBUNGANNYA)
(DIPETIK DARI BUKU DAJJAL MUNCUL?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan