Perjuangan memerangi Dajjal sudah sampai waktunya. Bukankah kita mahu berakhirnya kehidupan Dajjal yang selalu merancang langkah-langkah untuk menghina dan mencelakakan umat islam? mari kita tinjau tentang SAMIRAH. Negeri samirah adalah negeri kecil di palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara yang besar bahkan menjadi ibu kota bani israil, warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa ,Kira-kira satu abad sebelumnya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., kedua matanya tidur TETAPI hatinya tetap berjaga.
KELUARGA DAJJAL dan timbulnya bencana!!! keluarga dajjal,ayah,ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala berbentuk seperti lembu betina. sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang meyerupai dirinya seperti patung lembu betina itu.
mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minum arak yang dihulurkan setiap hari. Di samping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. setiap pagi mereka melihat sisa-sisa dari apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka,itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan ke atas seorang wanita yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dari hasil perzinaan antara mahram.
sementara itu, syaitan pun ikut masuk kedalam saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia menggauli isterinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan