Rabu, 24 Oktober 2012

Surat Yang Hilang (The Lost Letter)


             Untuk menjadi manusia yang sempurna bukan mudah, keimanan ,dan  kejujuran, diperlukan dalam setiap kehidupan.  Untuk menjalani kehidupan juga bukan mudah, kerana terpaksa mengharungi suka duka di sepanjang perjalanan hidup kita sebagai manusia.  Alangkah bebasnya kita jika tidak terikat dengan alam , tetapi dengan adanya cabaran dlm kehidupan, ia membuatkan kita semakin matang untuk berfikir lebih jauh..
                 
             kita tidak dapat melihat masa depan kita kerana kita hanya mampu merancang.  Tak semua yang kita rancang berhasil dan tak semua yang kita simpan kekal untuk selamanya. Setiap kali aku keseorang aku cuba berfikir secara rasional, manusia yang bergelar mahluk allah ini telah banyak merosakkan bumi, telah banyak mengingkarinya dan telah banyak melakukan dosa, tapi masihkah ada keampunan dari tuhan untuk manusia seperti  ku.
               
              Andai aku mati pasti aku ingin hidup semula untuk memenuhi segala bekalan ke akhirat.  Andai masa dapat diundur semula akan ku capai segala cita-cita ku kembali . tapi apa kan daya, masa tidak akan undur kembali, yang mati pula tidak akan hidup semula. Itulah ketentuan yang telah tersurat dan tertulis di daun pohon kehidupan.
               
                Terlalu banyak lagi yang aku perlu belajar untuk menjadi manusia yang berguna, terlalu banyak lagi yang perlu aku tempuh untuk mencapai satu tahap yang  memuaskan. Tapi MANUSIA tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Sikap tamak menguasai diri mereka, sombong pula mula menerajui diri, dan jadilah kita manusia yang angkuh dengan harta duniawi. Manusia mula insaf bila tuhan menurunkan bala dan bencana pada keluarga mereka, manusia mula membuka mata seluas-luasnya bahwa dunia ini bukan milik mereka..
             
           Alangkah kerdil nya kita untuk sombong kepada sang pencipta. Jangan lah sesekali kita menderhakainya. Kerana murkanya amatlah keras, balasanya amatlah berat untuk dipikul oleh insan bernama manusia.  Seperti kehidupan manusia  yang lain aku belajar dan terus belajar. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Namun sampai masanya  usaha aku tergendala kerana rezeki kali ini tidak memihak pada ku. 
            
             Sedang  yang lain meneruskan usaha menuntut ilmu ke menara gading, aku disini masih kebingungan membuat keputusan. Setiap kali keputusan yang aku lakukan pasti tidak terlaksana seperti yang diimpikan. Sifat berputus asa mula timbul dalam diriku..  mengapakah aku diberi ujian sebegini rupa. Adakah aku mampu mengharunginya.. mungkin ini berlaku disebabkan aku semakin jauh darinya. Mungkin aku juga semakin lupa kepadanya.
          
              Namun aku telah berusaha untuk kembali mengingatinya, tetapi hatiku seperti tidak tenteram dan mula ragu-ragu tentang kewujudannya,, ya allah alangkah ruginya manusia dalam MASA.  Kini aku merasakan  aku betul-betul  melupakannya, ya allah hantar kan lah pada aku seseorang yang boleh memimpin aku ke jalan mu kembali,  berikanlah aku hidayah mu supaya aku menyedari semua kesilapan ku selama ini sehingga engkau memberi aku ujian yang sebegini rupa.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan