Ahad, 8 Julai 2018

Punca Smartag Tidak Berfungsi

Punca smartag tidak berfungsi:

-Kereta belakang terlalu rapat dengan kereta kita ketika melalui pengimbas smartag.

Ini terjadi kerana apabila kereta belakang terlalu rapat mengekori kita pengimbas tidak dpt detect smartag kita kerana smartag org di belakang kita bertindih dengan smartag kita menyebabkan pengimbas tidak dapat mengimbas smartag anda. Utk mngatasi masalah ini kekal kan jarak 5meter kereta anda dgn kereta lain..

-Bateri Smartag Habis

Ramai orang selalu lepas pandang perkara ini.. sebelum melalui tol pastikan bateri smartag anda High.. cara untuk memeriksa bateri anda tekan button merah di smartag anda dan lihat di screen yg tentera.. ia akan menunjukkan baki kad anda dahulu kemudian baru bateri anda.. jika selepas keluar baki muncul huruf " lO" bermaksud bateri anda low dan perlu menukar bateri baru.. jika selepas baki muncul huruf "HI" bermaksud bateri anda High n full..

-Kedudukan smartag melalui pengimbas.

Biasa perkara yg temeh selalu terlepas pandang.. pastikan smartag anda.. yg berwarna Hitam menghadap ke atas dan pastikan tiada apa yang menghalang warna hitam tersebut seperti atap kereta tangan dan sebagainya.. tinted kereta yg terlalu gelap juga menghalang pengimbas utk mengimbas smartag anda serta juga cermin yg terlalu tebal.. kebanyakkan berlaku kepada kereta mewah..  pastikan juga anda awal mengeluarkan smartag .

-Kelajuan kereta anda

Jgn bawa kereta terlalu laju ketika melalui pengimbas smartag. Pengimbas tidak dapat mmbaca smartag anda . Jika di papan LED tertulis "Tiada Smartag"  gerakkan kenderaan anda kebelakang sedikit dan pastikan kereta belakang tidak menghalang sensor pengimbas..

 jika tertulis "Sentuh Kad di Reader" bermksud anda perlu touch kad anda di mesin touch n go sahaja tanpa perlu ke belakang.. 

 jika papan LED tertulis "Tiada Smartag" dan anda terus touch kad di touch n go ia tidak akan berfungsi sehingga keluar perkataan "Sentuh Kad Di Reader" baru ia berfungsi utk touch kad anda.

-kad touch n go tamat tempoh

Kad touch n go hanya boleh digunakan selama 10tahun sahaja.. perlu ditukar baru selepas 10tahun..

-kad touch n go Blacklist

Utk kes ini anda perlu pergi ke mana2 customer servis yg berdekatan dan buat laporan mengenai permasalahan ini..



Jika semua perkara diatas anda lakukan dan smartag masih lagi tidak berfungsi tekan button Interkom utk mndapatkan pertolongan jurutol.. 

Khamis, 5 Julai 2018

Cara Memulakan Perniagaan

Anda mahu memulakan perniagaan tapi tak tahu bagaimana?

Tak tahu buat kertas kerja perniagaan?

Tercari-cari bagaimana mahu mencipta strategi perniagaan?

*DAPATKAN EBOOK PERNIAGAAN*

Merangkumi:

-Contoh kertas kerja untuk pelbagai perniagaan.

-Strategi pemasaran untuk perniagaan.

-Idea perniagaan apa yang ingin diceburi.

~RM80~

Terlalu Mahal !!
Saya ingin anda mempelajarinya dengan santai..

Jadi saya kurangkan kepada

~RM50~

*Sekejap..*
Anda mungkin tidak akan menemui Peluang ini lagi..

Rebutlah peluang ini dengan memiliki Ebook Perniagaan ini dengan Harga Runtuh!! !

RM30

Sudah ramai memilikinya..

 jangan biarkan peluang ini meninggalkan anda!

*BERMINAT MEMILIKI EBOOK INI.*

Klik link ini

www.wasap.my/+60198065373

Rabu, 24 Oktober 2012

Surat Yang Hilang (The Lost Letter)


             Untuk menjadi manusia yang sempurna bukan mudah, keimanan ,dan  kejujuran, diperlukan dalam setiap kehidupan.  Untuk menjalani kehidupan juga bukan mudah, kerana terpaksa mengharungi suka duka di sepanjang perjalanan hidup kita sebagai manusia.  Alangkah bebasnya kita jika tidak terikat dengan alam , tetapi dengan adanya cabaran dlm kehidupan, ia membuatkan kita semakin matang untuk berfikir lebih jauh..
                 
             kita tidak dapat melihat masa depan kita kerana kita hanya mampu merancang.  Tak semua yang kita rancang berhasil dan tak semua yang kita simpan kekal untuk selamanya. Setiap kali aku keseorang aku cuba berfikir secara rasional, manusia yang bergelar mahluk allah ini telah banyak merosakkan bumi, telah banyak mengingkarinya dan telah banyak melakukan dosa, tapi masihkah ada keampunan dari tuhan untuk manusia seperti  ku.
               
              Andai aku mati pasti aku ingin hidup semula untuk memenuhi segala bekalan ke akhirat.  Andai masa dapat diundur semula akan ku capai segala cita-cita ku kembali . tapi apa kan daya, masa tidak akan undur kembali, yang mati pula tidak akan hidup semula. Itulah ketentuan yang telah tersurat dan tertulis di daun pohon kehidupan.
               
                Terlalu banyak lagi yang aku perlu belajar untuk menjadi manusia yang berguna, terlalu banyak lagi yang perlu aku tempuh untuk mencapai satu tahap yang  memuaskan. Tapi MANUSIA tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Sikap tamak menguasai diri mereka, sombong pula mula menerajui diri, dan jadilah kita manusia yang angkuh dengan harta duniawi. Manusia mula insaf bila tuhan menurunkan bala dan bencana pada keluarga mereka, manusia mula membuka mata seluas-luasnya bahwa dunia ini bukan milik mereka..
             
           Alangkah kerdil nya kita untuk sombong kepada sang pencipta. Jangan lah sesekali kita menderhakainya. Kerana murkanya amatlah keras, balasanya amatlah berat untuk dipikul oleh insan bernama manusia.  Seperti kehidupan manusia  yang lain aku belajar dan terus belajar. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Namun sampai masanya  usaha aku tergendala kerana rezeki kali ini tidak memihak pada ku. 
            
             Sedang  yang lain meneruskan usaha menuntut ilmu ke menara gading, aku disini masih kebingungan membuat keputusan. Setiap kali keputusan yang aku lakukan pasti tidak terlaksana seperti yang diimpikan. Sifat berputus asa mula timbul dalam diriku..  mengapakah aku diberi ujian sebegini rupa. Adakah aku mampu mengharunginya.. mungkin ini berlaku disebabkan aku semakin jauh darinya. Mungkin aku juga semakin lupa kepadanya.
          
              Namun aku telah berusaha untuk kembali mengingatinya, tetapi hatiku seperti tidak tenteram dan mula ragu-ragu tentang kewujudannya,, ya allah alangkah ruginya manusia dalam MASA.  Kini aku merasakan  aku betul-betul  melupakannya, ya allah hantar kan lah pada aku seseorang yang boleh memimpin aku ke jalan mu kembali,  berikanlah aku hidayah mu supaya aku menyedari semua kesilapan ku selama ini sehingga engkau memberi aku ujian yang sebegini rupa.  

Isnin, 22 Oktober 2012

Tenaga Nuklear


        Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

       Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.[1]

       Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu "Pereputan radioaktif", yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran elektromagnet (seperti sinar gamma), neutrino atau kesemuanya sekali; "pembelahan nuklear, yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "pelakuran nuklear, yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.

       Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an lagi. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi, seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun, proses itu telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas, yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.


Kegunaan
        
       Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepun menggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara.
Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. Di Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif. Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.

         Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.
Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika.

        Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah.

Pemerdagangan Orang


Definisi: Pemerdagangan orang bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi (Seksyen 2 AAO). Di mana modus operandi termasuklah, penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan, dan memberi atau menerima pembayaran.

Tujuan: untuk mengeksploitasi protitusi, ekploitasi seksual, buruh paksaan, atau khidmat layanan paksa, perhambaan, praktik serupa perhambaan, dan pemindahan organ.

Punca:- Permintaan terhadap tenaga buruh
-Perkhidmatan seksual
-Kemiskinan
-Kekurangan kesedaran kuasa kemasyarakatan


Cara Membuat Teks Majlis


Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

Yang berusaha, puan wan azizah bt wan abdul rafar, tuan pengetua cemerlang smkt temin,
Yang berusaha, en mohd aziman bin abu samah, guru penolong kanan pentadbiran,
Yang berusaha, en yusoh bin abdul latif, guru penolong kanan hal ehwal murid,
Yang berusaha, en azman bin aziz, guru penolong kanan kokurikulum,
Yang berusaha pemangku guru penolong kanan tingkatan enam en azahari b. Awang,
Barisan guru2 serta pelajar yang diraikan sekalian.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
10 jari kami menadah,
Memohon berkat yang maha esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,majlis menjemput saudara ............................................................ untuk membaca doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ...........................................

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana atas limpah dan kurnia-nya, dapat kita sama2 berkumpul di majlis yang mulia ini bagi meraikan jamuan akhir tahun pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2011.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Oleh itu majlis menjemput Muhammad shaimfulah bin massador, selaku ketua pelajar smk temin untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Muhammad shaimfulah bin massador.
Bagi meneruskan agenda pada pagi ini, dijemput pn wan azizah bt wan abdul rafar, pengetua cemerlang smk temin untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pengetua di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Sekarang, tibalah kita ke acara penyampaian cenderamata bagi AJK tertinggi pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber untuk sesi 2011.

*dijemput en..................... diiringi oleh en................................. untuk menyampaikan cenderamata. bagi ajk tertinggi pengawas sekolah, dijemput
*senarai nama*
Bagi ajk tertinggi pengawas pusat sumber pula, dijemput
*senarai nama*
Majlis mengucapkan terima kasih kepada en................ dan en.................... serta sekalung tahniah kepada penerima cenderamata sebentar tadi.
Dengan ini, majlis menjemput saudara .................................. untuk membacakan doa makan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin,amin ya rabbal alamin.. .

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Sebelum kami mengakhiri majlis, terimalah 2 rangkap pantun daripada kami:

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap susun bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Kita akhiri majlis pada pagi ini dengan surah al asr dan tasbih kafarah.

SEKIAN,ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA~~~~~~ J

Teknologi Hijau


Definisi

      Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
-          Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
-         Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
-         Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.


Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan 
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.


Objektif
• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; 
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; 
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; 
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan 
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.


Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga
• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan 
• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.


ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan    pemusnahan bangunan


iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan


iv) Sektor Pengangkutan
• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan   kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. 
Matlamat


i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai. 

 ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan; 
• Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau; 
• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan; 
• Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional; 
• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan 
• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.


iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia; 
• Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara; 
• Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara; 
• Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran; 
• Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan 
• Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
• risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano 
• risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain) 
• risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.


Teras Strategik
i)   Teras Strategik 1 
Mengukuhkan kerangka institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

  • Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
  • Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
  • Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
  • Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
  • Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.

 ii) Teras Strategik 2


Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif


Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:

  • Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;
  • Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;
  • Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;
  • Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
  • Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.

 iii) Teras Strategik 3


Memperkukuh Pembangunan


Modal Insan dalam Teknologi Hijau


Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;


Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;

  • Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
  • Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
  • Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan
  • Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau 
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:

  • Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
  • Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
  • Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan   atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
  • Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
  • Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5


Promosi dan Kesedaran Awam


Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:

  • Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;
  • Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;
  • Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
  • Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung dengan kerajaan
  •  

Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara

BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.
"Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan.
"Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau," katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.